Pada
zaman dahulu Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung
dan Janin (Hulu Perak). Dikatakan ketiga-tiga ketua daerah ini telah
bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri
dengan memakai nama yang khusus. Mereka bersetuju untuk menamakan
ketiga-tiga daerah ini sebagai Perak mengambil sempena nama Bendahara
Tun Perak. Ini adalah cerita versi Almarhum Sultan Idris.
Hikayat
Merong Mahawangsa pula mengatakan nama negeri Perak ada kaitannya
dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah
pergi meneroka membuka sebuah negeri baru. Putera itu telah sampai ke
sebuah sungai besar dan terdapat pula tasik, melingkungi tiga atau empat
buah pulau. Putera tersebut berkata.. " Tempat ini elok dijadikan
sebuah negeri... ", Lalu baginda memanah ke udara menggunakan sebilah
anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan
'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam keatas sebuah
daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu
sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.
Negeri Perak mempunyai banyak tarikan sejak dahulu lagi kerana sejarahnya dan tempat menarik yang terdapat di sana. antara salah satu tempat menarik yang berpotensi untuk pelancong ialah Tanjung Malim.
Negeri Perak mempunyai banyak tarikan sejak dahulu lagi kerana sejarahnya dan tempat menarik yang terdapat di sana. antara salah satu tempat menarik yang berpotensi untuk pelancong ialah Tanjung Malim.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan