Selamat
Datang ke Pulau Pangkor, Perak destinasi percutian yang menjadi tumpuan
pelancong dalam dan luar negara kerana keunikan dan keistimewaannya
yang tersendiri.
Destinasi
percutian yang amat popular ini masih mengekalkan keaslian
semulajadinya dan amat sesuai untuk anda yang ingin bercuti bersama
keluarga dan lari sebentar dari kesibukan kota atau beriadah sambil
menenangkan fikiran di hujung minggu.
Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Perjalanan dari KL-Lumut mengambil masa 3-4 jam kira-kira 250km, manakala Ipoh ke Lumut sejauh kira-kira 84 kilometer.

Sebaik sahaja tiba di Lumut, anda harus menaiki feri untuk tiba di Pulau Pangkor. Perjalanan menaiki feri dari Terminal Jeti Lumut ke Terminal Jeti Pangkor mengambil masa kira-kira 30-40 minit. Sebaik sahaja tiba di Jeti Pangkor, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi jenis van atau menyewa kenderaan seperti kereta dan motosikal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan